Thursday, May 31, 2012

Memburu Kemanisan Iman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bertemu lagi kita di ruangan blog ini, semoga kita dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Kali ini saya ingin berkongsi dengan semua yang mengintai blog ini tentang langkah agresif memburu kemanisan Iman.

Ingatlah kepada dua perkara:

1. Kebaikan orang kepada kita - kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat. orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainya. lebih-lebih lagi nikmat Allah S.W.T kepada kita perlu disyukuri. Firman Allah Taala yang bermaksud : "Dan terhdap nikmat tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)." (Surah Al-Duha 93:11)

2. Kesalahan kita kepada orang - Hendaklah senantiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita meminta maaf. Berazamlah agar tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi pada masa-masa akan datang. Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah Taala. ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah Taala. Ingatlah, bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis adalah lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

Lupakan Dua Perkara:

1. Kebaikan kita kepada orang - Jangan sesekali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah Taala yang hendak diberikanNya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Lebih-lebih lagi, perkara yang kita perlu lupakan adalah segala amal ibadah yang telah dilakukan. Perbuatan mengingati ibadah yang telah dikerjakan akan mencalarkan keikhlasan. Sedangkan segala-galanya dilakukan atas hidayah Allah Taala jua. Oleh sebab itu, setelah beramal rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu kita akan selamat daripada rasa ujub, sum'ah, riyak atau bangga diri.

2. Kejahatan orang terhadap kita - Anggaplah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita. ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. kita hanya hamba Allah Taala. Lebih-lebih lagi kita perlu lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah Taala timpakan. Sedarlah bahawa kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan, malapetaka, penyakit dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah Taala untuk 'memujuk' manusia kembali kepadaNya.

Wallahualam. Wassalam

Thursday, May 17, 2012

Bergambar Bersama Tim AASAM dari Malaysia

Bergambar bersama Tim AASAM dari Malaysia yang berada di Puckapunyal selama 3 minggu. Turut bersama DA Malaysia di Canberra. Baru selesai bersarapan di rumah saya.

Tuesday, May 1, 2012

Puisi Aman

Dimanakah keamanan yang dicari
Dimanakah kesejahteraan yang ingin dikecapi
Apakah tiada lagi pertimbangan antara kami
Pun jua persefahaman dan keserasian di dalam diri

Apakah kehancuran yang ingin dinikmati
Sehingga agama dan bangsa kita belakangi
Hanya untuk mendapat kepuasan diri sendiri
Tanpa memikirkan kesatupaduan yang murni

Dimanakah irama zapin yang didendangkan
Kemanakah alunan ghazal yang dilagukan
Apakah dengan sebelah tangan berkemampuan
Memegang erat jalur keamanan dan kemakmuran

Wahai bangsaku, Wahai negaraku
Janganlah kaku, Janganlah beku,
Sinar harapanmu perlulah satu,
Semoga senantiasa bahagia kehidupanmu,
Duniamu dan Akhiratmu.
Insya Allah.

Hasil Nukilanku HNI

Friday, April 20, 2012

Memetik Epal dan Strawberry



Salam pertemuan kembali, kali ini penulis ingin membawa anda semua menikmati pengalaman penulis dan keluarga pergi ke tempat yang diberi nama Bacchus Marsh, tempat yang dipenuhi dengan ladang buah-buahan seperti strawberri, epal dan sebagainya. Ianya terletak lebih kurang 50km ke barat dari Bandaraya Melbourne.

Ini merupakan pengalaman kali pertama penulis dan keluarga memetik sendiri buah-buahan tersebut. Sungguh segar dan sedap untuk dinikmati. Sesungguhnya pengalaman seperti ini memberikan seribu makna kepada penulis dan ahli keluarga tercinta dalam menikmati keindahan suasana sambil memakan buah-buahan yang segar dari ladang. Bacchus Marsh, a place to pick something fresh.

Tuesday, April 10, 2012

Pesta Bunga Antarabangsa di Melbourne







Pada 31 Mac 2012 kami sekeluarga telah meluangkan masa untuk melihat keindahan ciptaan tuhan iaitu bunga-bungaan yang mempunyai pelbagai warna, bentuk dan rupa semuanya cantik dan indah-indah belaka, Subhanallah. Lihat sajalah gambar yang ditonjolkan, sangat menarik bukan.

Monday, April 2, 2012

Perkara Yang Membatalkan Solat

Menurut mazhab al-Syafi'i, perkara yang membatalkan Solat adalah seperti di bawah:

1. Jika salah satu rukun solat tidak dikerjakan atau sengaja ditinggalkan.
2. Berlaku hadas kecil atau besar.
3. Terkena najis secara langsung atau yang tidak dapat dimaafkan pada badan, pakaian atau tempat solat.
4. Berkata-kata dengan perkataan yang bukan lafaz dalam solat, dengan dua perkataan yang tidak boleh difahami.
5. Terbuka aurat dengan sengaja sehingga kelihatan 1/4 daripada anggota wuduknya. Walau bagaimanapun, sekiranya dengan pantas ia menutup kembali, maka tidak membatalkan solat menurut al-Syafi'i dan Hanbali.
6. Makan atau minum walaupun sedikit kerana ia bertentangan dengan sifat solat. Solat juga batal jika makan dengan banyak walaupun dalam keadaan terlupa. Demikian menurut al-Syafi'i dan Hanbali.
7. Mengubah niat ketika sedang solat, misalnya berniat memutuskan solat.
8. Bergerak besar mana-mana anggota berturut-turut sebanyak tiga kali, seperti melangkah atau berjalan. Maksud berturut-turut ialah apabila dikira setiap satu pergerakan terpisah dengan yang lain. Bagaimanapun, pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat berdalilkan kepada tindakan Nabi S.A.W. yang pernah membuka pintu untuk Aisyah semasa Baginda sedang solat.
Rasulullah S.A.W. juga pernah mendukung cucunya bernama Umamah, yang mana semasa solat Baginda meletakkan di tepi ketika sujud dan apabila ingin bangkit berdiri, Baginda S.A.W. kembali mendukungnya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
9. Beralih dada dari arah kiblat tanpa uzur yang kuat menurut Hanafi dan al-Syafi'i. Maliki mempunyai pandangan lain.
10. Menambah rukun yang berupa perbuatan seperti rukuk dan sujud.
11. Ketawa terbahak-bahak. Jika sekadar senyum, ia tidak membatalkan solat.
12. Mendahului Imam.
13. Murtad.

Sunday, March 11, 2012

Koleksi Terbaru Correlle untuk Tempahan

Berikut adalah merupakan keluaran-keluaran terbaru koleksi Correlle. Kepada yang berminat boleh membuat tempahan daripada sekarang.


 RM350.00
 RM 350.00
 RM 350.00
 RM 350.00
 RM 250.00
RM 300.00